Friday, November 7, 2008
Rupa-rupanya KWSP Tak Songlap Duit Aku...
Bayangkan duit RM20,000 dipotong dari akaun hari pertama, kemudian dapat RM1,000 sebulan, dalam masa 20 bulan.
So, saya pun try surf http://www.kwsp.gov.my/, puas mencari tak jumpa jawapan, lalu saya pun telefon call-centre KWSP.
Baru saya tahu rupanya duit tu ada dalam Akaun 12. Duit tu masih ada dan dapat dividen cuma dalam statement tak nampak.
Jadi saya nasihatkan KWSP, masukkan jawapan untuk isu ni besar-besar dalam web, tak payah masuk FAQ susah nak cari.
Atau pun, jangan padam dari Statement, sebab bab-bab duit ni sangat sensitif, terutama dalam keadaan ekonomi sekarang gawat.
Satu lagi, site KWSP agak slow waktu "peak hour" mungkin boleh kasi laju sikit.
Wednesday, November 5, 2008
Al-Hajj 1427 ... Melawat Tha'if
Bagi saya selain Mekah & Madinah, Tha'if juga adalah satu tempat yang amat istimewa jika kita tahu sejarahnya. Ia merupakan tempat yang subur dan menikmati iklim yang sederhana. Selain ia terletak kawasan tinggi, udaranya juga sangat nyaman.
Dari segi sejarah, Tha'if juga merupakan tempat dimana Rasulullah s.a.w cuba untuk berdakwah tetapi dakwah beliau ditolak oleh penduduk disitu dengan rejaman dan lontaran batu-batu.
Kami dibawa ke suatu tempat yang disebut "Masjd Siku" dan "Bongkah Batu Tergantung". Menurut ustaz dan tourist guide yang membawa kami, setelah dilontar & direjam dengan batu oleh penduduk Tha'if, baginda telah ke tempat tersebut untuk merehatkan badan. Semasa baginda berehat, dan meletakkan siku, dikatakan hamparan batu telah melembutkan dirinya kerana cinta dan kasihan melihat keadaan baginda. Maka terhasil lah kesan lekuk dibatu tersebut, dan kesan tersebut masih ada pada hari ini.
Semasa beliau sedang berehat, puak musyrikin juga berada diatas bukit tersebut. Mereka yang berada dilokasi yang lebih tinggi, cuba menolak bongkah batu yang lebih besar untuk menghempap baginda. Ketika bongkah batu tersebut hampir jatuh, Allah memerintahkan ianya agar tidak bergerak, menyebabkan ia seolah-olah tergantung. Kawasan ini telah dipagar dan dibina semula oleh kerajaan Arab Saudi agar kesan keajaibannya tidak begitu ketara. Tempat kesan siku Rasul s.a.w juga telah dibuat binaan dan dipagar dan inilah yang dikenali sebagai "Masjid Siku".
Saya juga tidak melepaskan peluang untuk melawat makam salah seorang sahabat yang sangat masyhur iaitu Abdullah Ibn Abbas. Beliau merupakan seorang sahabat yang mana beliau pernah didoakan oleh Rasul s.a.w menjadi salah seorang yang paling berilmu.
Memang Ibn Abbas seorang yang dimuliakan Allah dengan ilmunya. Dimasjid beliau ada satu perpustakaan yang menempatkan beribu-ribu kitab hadis. Malah kalau kita masuk kedalam masjidnya ada beberapa lokasi yang dijadikan tempat mengajar hadis.
Tidak jauh (lebih kurang 20m) terletaknya makam Syeikh Daud Al-Fatani, salah seorang ulama Asia Tenggara yang paling terkenal.
Dalam perjalanan pulang saya sempat merakam beberapa gambar sekitar Taif & singgah di pasar untuk membeli buah delima. Disini saya terjumpa terung yang besar iaitu sebesar bola bowling.
Akhir sekali sebelum sampai di Mekah, saya dan rombongan singgah di Qarnul Manazil. Bagi yang sudah pergi haji, akan biasa dengan nama ini.
Qarnul-Manazil adalah miqat bagi jemaah dari Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Biasanya jemaah haji kita akan diingatkan (oleh pilot) untuk memasang niat di dalam kapalterbang dan diruang udara Qarnul-Manazil.
Alhamdulillah saya diberi peluang pergi sendiri dan menjejakkan kaki dibumi Qarnul Manazil dan melihat bagaimana rupa Masjid Qarnul Manazil ini. Tempatnya luas dan kami sampai dalam kesejukan waktu maghrib yang mencecah 13 darjah celcius.
.... bersambung
Monday, November 3, 2008
Isteri, Suami ..Dalang & Terperangkap
Tuesday, October 14, 2008
Deyyy ... I'm now Datuk Shah Rukh Khan
Bollywood Idol Shah Rukh Khan is a Datuk. The heartthrob will be receiving his Datukship from the Malacca YD Negeri in conjuction with his birthday tomorrow. Listed as an artiste from Dreamz Unlimited in the list of recipients Shah Rukh will be receiving the Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM). He is 77 recepients of the title. Shah Rukh, 43 is a highly acclaimed Indian actor who works in Bollywood films, as well as film producer and television host. He has starred in several box-office movies and won awards throughout his career.
Komen saya ...
Apakah tidak ada lagi rakyat Malaysia yang layak diberi gelaran Datuk sehingga ia terpaksa diberi kepada Shah Rukh Khan. Antara sebab mengapa beliau mendapat gelaran tersebut adalah kerana beliau telah mempromosikan negeri Melaka melalui filem-filem beliau.
"there are six movies in which the various songs and scenes depicted several sites in Malacca. "One is a scene from the movie One 2 Ka 4, which was shot at the A' Famosa Resort in Alor Gajah."This has, indirectly, promoted the state and its attractions to the world,
It would have cost millions to promote Malacca through advertisements but instead, Shahrukh has brought Malcca to the attention of the world through his movies"
Persoalannya apakah apabila menonton filem tersebut, seseorang tahu yang itu negeri Melaka, iaitu salah sebuah negeri dalam Malaysia. Promosi didalamnya begitu hebat sehingga penonton tersebut tidak sabar atau mengigau seharian untuk melawat Negeri Melaka.
Jika itulah dijadikan sebab utama maka "Jackie Chan" juga layak kerana beliau juga telah mempromosikan Malaysia melalui filem "Police Story 3"
Walaubagaimanapun tahniah Shah Rukh Khan yang telah bertaraf Datuk
(... atau tahniah Datuk kerana anda sekarang hanya bertaraf Shah Rukh Khan .... )
-End-
Friday, October 10, 2008
Selamat Berperiksa...
Al-Hajj 1427
Insyallah will be posting more pictures soon.