Friday, November 7, 2008

Rupa-rupanya KWSP Tak Songlap Duit Aku...

Baru-baru ni saya ada terbaca satu e-mel, kononnya wang Pengeluaran Wang Ansuran rumah ada macam unsur "scam".

Bayangkan duit RM20,000 dipotong dari akaun hari pertama, kemudian dapat RM1,000 sebulan, dalam masa 20 bulan.

So, saya pun try surf http://www.kwsp.gov.my/, puas mencari tak jumpa jawapan, lalu saya pun telefon call-centre KWSP.

Baru saya tahu rupanya duit tu ada dalam Akaun 12. Duit tu masih ada dan dapat dividen cuma dalam statement tak nampak.

Jadi saya nasihatkan KWSP, masukkan jawapan untuk isu ni besar-besar dalam web, tak payah masuk FAQ susah nak cari.

Atau pun, jangan padam dari Statement, sebab bab-bab duit ni sangat sensitif, terutama dalam keadaan ekonomi sekarang gawat.

Satu lagi, site KWSP agak slow waktu "peak hour" mungkin boleh kasi laju sikit.

Wednesday, November 5, 2008

Al-Hajj 1427 ... Melawat Tha'if

Seperti dijanjikan pada entri saya yang lalu, saya ingin memaparkan beberapa memori/gambar saya semasa saya disana, yang mana salah satu tempat yang saya lawati adalah Tha'if.

Bagi saya selain Mekah & Madinah, Tha'if juga adalah satu tempat yang amat istimewa jika kita tahu sejarahnya. Ia merupakan tempat yang subur dan menikmati iklim yang sederhana. Selain ia terletak kawasan tinggi, udaranya juga sangat nyaman.

Dari segi sejarah, Tha'if juga merupakan tempat dimana Rasulullah s.a.w cuba untuk berdakwah tetapi dakwah beliau ditolak oleh penduduk disitu dengan rejaman dan lontaran batu-batu.






Kami dibawa ke suatu tempat yang disebut "Masjd Siku" dan "Bongkah Batu Tergantung". Menurut ustaz dan tourist guide yang membawa kami, setelah dilontar & direjam dengan batu oleh penduduk Tha'if, baginda telah ke tempat tersebut untuk merehatkan badan. Semasa baginda berehat, dan meletakkan siku, dikatakan hamparan batu telah melembutkan dirinya kerana cinta dan kasihan melihat keadaan baginda. Maka terhasil lah kesan lekuk dibatu tersebut, dan kesan tersebut masih ada pada hari ini.

Semasa beliau sedang berehat, puak musyrikin juga berada diatas bukit tersebut. Mereka yang berada dilokasi yang lebih tinggi, cuba menolak bongkah batu yang lebih besar untuk menghempap baginda. Ketika bongkah batu tersebut hampir jatuh, Allah memerintahkan ianya agar tidak bergerak, menyebabkan ia seolah-olah tergantung. Kawasan ini telah dipagar dan dibina semula oleh kerajaan Arab Saudi agar kesan keajaibannya tidak begitu ketara. Tempat kesan siku Rasul s.a.w juga telah dibuat binaan dan dipagar dan inilah yang dikenali sebagai "Masjid Siku".




Saya juga tidak melepaskan peluang untuk melawat makam salah seorang sahabat yang sangat masyhur iaitu Abdullah Ibn Abbas. Beliau merupakan seorang sahabat yang mana beliau pernah didoakan oleh Rasul s.a.w menjadi salah seorang yang paling berilmu.




Memang Ibn Abbas seorang yang dimuliakan Allah dengan ilmunya. Dimasjid beliau ada satu perpustakaan yang menempatkan beribu-ribu kitab hadis. Malah kalau kita masuk kedalam masjidnya ada beberapa lokasi yang dijadikan tempat mengajar hadis.






Tidak jauh (lebih kurang 20m) terletaknya makam Syeikh Daud Al-Fatani, salah seorang ulama Asia Tenggara yang paling terkenal.

Dalam perjalanan pulang saya sempat merakam beberapa gambar sekitar Taif & singgah di pasar untuk membeli buah delima. Disini saya terjumpa terung yang besar iaitu sebesar bola bowling.







Akhir sekali sebelum sampai di Mekah, saya dan rombongan singgah di Qarnul Manazil. Bagi yang sudah pergi haji, akan biasa dengan nama ini.

Qarnul-Manazil adalah miqat bagi jemaah dari Asia Tenggara, termasuk Malaysia. Biasanya jemaah haji kita akan diingatkan (oleh pilot) untuk memasang niat di dalam kapalterbang dan diruang udara Qarnul-Manazil.

Alhamdulillah saya diberi peluang pergi sendiri dan menjejakkan kaki dibumi Qarnul Manazil dan melihat bagaimana rupa Masjid Qarnul Manazil ini. Tempatnya luas dan kami sampai dalam kesejukan waktu maghrib yang mencecah 13 darjah celcius.

.... bersambung

Monday, November 3, 2008

Isteri, Suami ..Dalang & Terperangkap


Nak tergelak saya baca Kosmo semalam apabila seorang isteri (seorang pelakon) "dicop" sebagai dalang apabila suaminya (juga seorang pelakon) ditangkap oleh JAIS atas tuduhan bersama seorang wanita pada pukul 3.00 pagi .... ulang suara 3.00 pagi di premis ofis mereka.
Setelah ditangkap si suami berasa sangat sedih, dan mendakwa telah diperangkap oleh seseorang (dalang lah tuu..)
Bagi saya, tak payah layan soalan bodoh KOsmo ni ... (walaupun isteri ni tak mengaku).
Dorang ni faham ke makna dalang??
Dalang atau Konspirator adalah seseorang yang membuat sesuatu perancangan (biasanya berniat jahat) untuk menganiaya seseorang. Dalam bahasa inggeris ia disebut "conspirator". Dan perancangan yang dibuat disebut "conspiracy".
So, saya nak tanya ler Kosmo ni mana yang lebih dalang?
Seorang lelaki bersama seorang perempuan (bukan isteri) pukul 3.00 pagi di tempat sunyi .....atau
seorang isteri yang mengadu pada JAIS tentang suami bersama wanita pada pukul 3.00 pagi.
Harap-harap janganlah cuba jadi akhbar yang merapu bak kata seorang rakan blogger akhbar yang sengal.